Risiko tinggi kalau kahwin dengan pasangan yang lebih menarik dari kita?

Assalamualaikum.

Lelaki cenderung untuk menjadi lebih attentive apabila berkahwin dengan perempuan yang lebih attractive daripada mereka. Tetapi, perkahwinan mereka mungkin terdedah kepada risiko penceraian.

Baru – baru ini ada satu artikel tentang quote di atas iaitu pasangan di mana isteri lebih menarik paras rupa dari suami dikatakan lebih cenderung kepada penceraian. Walaupun suami lebih attentive (i.e., lebih helpful), relationship dikatakan mungkin menjadi kurang stabil. Artikel ni berdasarkan beberapa research di US yang mengkaji sebanyak mana seseorang itu memilih pasangan hidup berdasarkan indikasi objektif seperti paras rupa. Kedua – dua lelaki dan perempuan memilih pasangan yang up to 25% lebih menarik dari mereka sendiri. Kajian juga mengatakan relationship begini tak kekal lama kerana yang kurang menarik akan berasa insecure dan jealous, dan yang lebih menarik cenderung untuk menipu dalam relationship (e.g., infidelity)!

Ini berlaku di US. Apa realiti di Malaysia?

Baru – baru ini juga ada terlihat di tv tentang kadar penceraian di Malaysia. Tahun lepas saja, purata pasangan bercerai dalam 100 pasangan satu hari. Dijangkakan dalam 10-20 tahun lagi akan meningkat kepada 300 satu hari. Punca penceraian berbeza – beza bagi setiap pasangan dan aku tak boleh samakan punca seperti paras rupa yang berlainan atau kurang ilmu rumah tangga mahupun wujud orang ketiga. Kadang ada pasangan yang dah cuba sehabis baik untuk pulihkan rumah tangga mereka, tapi takdir dan perancangan Allah tu yang lebih baik. Ha yang ni kita bincang hari lain lah.

Tapi orang kahwin nampak macam senang?

Memang nampak senang sebab dari sekolah lagi kita dah bermimpi tentang perkahwinan idaman kita. Kita impikan perkahwinan ala orang putih, gown panjang berjela, majlis outdoor di taman atau indoor dalam dewan hotel yang pernuh gemerlapan. Lepas tu kita dah pilih siapa akan jadi pengapit kita. Sekarang pula trend ada bridesmaids sekumpulan yang sedondon maka lagi meriah lah majlis kita. Nampak macam senang kan? Tapi pernah tak kita terfikir apa yang patut kita titikberatkan waktu pilih teman hidup? Orang yang macam mana yang kita mahukan? Elok dari segi rupanya sahaja? Bagaimana agamanya? Macam mana pula kehidupan kita selepas bernikah? Apa persiapan kita untuk menimang dan mendidik cahaya mata? Dah lengkapkah ilmu kita?

Korek ilmu perkahwinan: Apa hak sebagai seorang suami atau isteri?

Pentingnya kita mencari ilmu dalam apa jua aspek kehidupan.

Di suatu majlis ilmu, Ustazah Dr. Haifaa Younis pernah berbicara tentang hak – hak dalam perkahwinan. Bagi beliau, salah satu ilmu yang perlu kita ketahui sebelum mendirikan rumah tangga adalah mempelajari hak dan tanggungjawab kita sebagai seorang isteri atau suami.

Beliau memulakan diskusi bukan dengan perkara tentang perkahwinan yang manis bak gula – gula kapas. Beliau bermula dengan menegaskan dua perkara:

  1. Do what is require of you (dalam kata lain lakukan apa yang Allah perintahkan yakni yang sudah sedia ada dalam al-quran dan sunnah).
  2. Take responsibility to learn (bertanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu).

Kemudian beliau terus berbincang tentang rights for human being. Kenapa tak cakap pasal hak dalam perkahwinan dahulu? Kerana asas perkahwinan bukanlah sekadar hubungan suami isteri tetapi the individual itself. Antara rights for human being adalah rights of living (hak untuk hidup), justice (keadilan), dan dignity (kehormatan). Sebagai seorang manusia, kita berhak memiliki semua ini, dan siapa – siapa yang cuba mencabul atau mengambil hak ini daripada kita sebenarnya telah melanggar hak asas kehidupan seorang manusia. Sebab itu bagi orang yang membunuh orang lain dengan sengaja, hukumannya sangat berat kerana dia telah merampas the rights of living seseorang tu.

Beliau kemudian menyentuh tentang hak untuk seorang anak. Lah, belum cakap pasal hak dalam perkahwinan lagi? Ini menunjukkan yang alam setelah perkahwinan itu lebih panjang dan pentingnya kita untuk tahu serba – serbi. Kahwin bukan sekadar menghalalkan relationship. Antara hak untuk seorang anak ialah ibu bapa memberikan nama yang baik. Trend sekarang pilih nama anak macam dalam novel cinta Melayu. Tak salah pun, janji nama anak kita mempunyai maksud yang baik dan indah sebab kita nak besarkan anak yang baik dan indah juga, kan?

Selesai bincang hak seorang manusia dan anak, baru lah beliau move on kepada hak suami dan isteri dalam perkahwinan. Seorang isteri berhak untuk hidup di tempat yang mampu disediakan oleh suaminya, mendapat mahar (dowry), di beri layanan penuh kasih sayang (compassion and care), dan di beri financial support. Si suami pula berhak untuk mendapat ketaatan dan fulfillment of marital needs

Terakhir sekali beliau menyoal audience “What is the goal of marriage?”. Penting untuk kita tahu kenapa kita nak mendirikan rumah tangga supaya kita ada niat dan tujuan yang jelas. Kita nampak apa end goal kita dan kita bermotivasi nak kejar goal tersebut. Kalau kita tak pasti, mungkin elok untuk kita tanya diri– Apa yang aku mahu out of a marriage?

Aku akhiri entri kali ini dengan pesanan ustazah. Sila take note pesanan pertama dan kedua bermula dengan perkataan ‘learn’. Nak tekankan pentingnya kita mencari ilmu dalam apa jua aspek kehidupan. Bersedia dengan ilmu supaya kita bersedia nak hadapi cabaran dalam berumah tangga. Kahwin bukan kerana paras rupa macam dalam artikel di awal entri ni. Nak kahwin? Cari ilmu perkahwinan. Nak buat bisnes? Cari ilmu keusahawanan. Hatta nak memasak pun boleh pergi blog Azie Kitchen. Ilmu juga tu. Macam apa yang umi cakap ni:

Umi dulu rajin pergi kursus keibu bapaan. Cari ilmu nak besarkan korang enam beranak.

Ok lastly nak kongsi three things you can start doing before marriage by Ustadha Dr. Haifaa Younis:

  1. Learn the rights of everyone.
  2. Learn the deen.
  3. Do what pleases Allah.

Moga – moga Allah limpahkan berkat dan redha dalam hidup kita dan kurniakan kesenangan dalam mencari ilmu. Amin.

Nota dari penulis: Entri ini hanya perkongsian ilmu yang dikutip sepanjang kehidupan aku sebagai seorang pelajar universiti dan pelajar kehidupan. Aku kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Human Development and Family Science. Antara minat aku adalah autonomy (how much do you own your action), cultural psychology, motivation, healthy relationships in marriage, dan parenting. Walaupun aku tidak punya ijazah rasmi dalam bidang usul al-fikh etc., sebagai seorang Muslim, aku menghayati topik – topik sains ini dari sudut pandang Islam. Dan aku percaya, tak mungkin dapat aku pisahkan Islam dan Sains.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s